Program Cilik Dinamik Pelapis Kepinpinan PSS

Program Cilik Dinamik: Pelapis Kepimpinan PSS
16 Julai 2025 (Rabu)

8.00 pagi – 1.00 petang
Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang

Anjuran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, program ini bertujuan membentuk pelapis kepimpinan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan murid sekolah rendah yang berpotensi, berdaya saing dan berkeyakinan.

Objektif Program:

  • Meningkatkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab pengawas pusat sumber sekolah.
  • Membangunkan kemahiran asas kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan murid.
  • Memberi pendedahan awal kepada fungsi dan pengurusan pusat sumber secara interaktif.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama antara perpustakaan akademik dan sekolah rendah.

Seramai 50 orang pelajar dari SK (RKTP) Kampong Awah dan SK (LKTP) Jengka 19, terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah, telah menyertai program ini sebagai langkah awal memperkasa kepimpinan dan kefahaman dalam pengurusan pusat sumber.

Slot Khas: Langkah Cilik, Impian Besar
Disampaikan oleh Dr Ahmad Faris bin Seman@Kamarulzaman dari Pusat Pengajian Sains, sesi ini memberi inspirasi dan motivasi kepada peserta untuk menetapkan impian besar sejak usia muda.

Sebanyak 4 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan sepanjang program, yang dikendalikan oleh 12 orang fasilitator berpengalaman. Aktiviti ini direka khas untuk membentuk kerjasama, kemahiran komunikasi dan nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Sesi Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) telah diadakan antara Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampong Awah dan Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19. LoU ini ditandatangani oleh Puan Hajah Rosnita Ja’afar, Ketua Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Pahang bersama wakil rasmi daripada kedua-dua buah sekolah, sebagai simbolik kepada permuafakatan dan kerjasama strategik memperkukuh peranan PSS.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply