Taklimat Modul Information Literacy Programme (ILP) telah diadakan pada 8 Oktober 2025 bertempat di Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu (PTAKKB). Program ini dibahagikan kepada dua sesi mengikut program yang telah dijadualkan dan dilaksanakan khusus untuk pelajar Ijazah Sesi Akademik 2025/2026 dengan tujuan utama memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar baharu. Taklimat modul ILP telah dikendalikan oleh Puan Rosmariyati AB Rahman (Timbalan Ketua Pustakawan) (M) (KUP), dan turut dibantu Bersama staf-staf PTAKKB.










Pengisian modul ini memberi tumpuan kepada pengenalan dan latihan praktikal berhubung:
- Pencarian maklumat melalui PERMATA Search – Pelajar didedahkan kepada teknik carian berkesan menggunakan enjin carian perpustakaan.
- PERMATA Mobile – Pengenalan kepada kemudahan akses mudah alih yang membolehkan pelajar menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara fleksibel.
- Pangkalan Data Atas Talian dan E-Book – Penerangan mengenai sumber akademik yang boleh diakses untuk tujuan rujukan, pembelajaran serta penyelidikan.
- Platform Perpustakaan Digital – Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai perkhidmatan digital yang ditawarkan PTA bagi menyokong keperluan akademik mereka.






Disediakan oleh: Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu