PROGRAM BRISK WALK : MINDA SIHAT, FIKIR POSITIF, HIDUP AKTIF

23 September 2025, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Brisk Walk: Minda Sihat, Fikir Positif, Hidup Aktif seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 September 2025 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi – 12 tengah hari

Tempat : D’Bendang Parit Penghulu

Seramai 50 orang peserta terdiri dari pensyarah dan juga pihak pentadbiran telah menyertai program pada hari ini. Antara program yang telah dijalankan ialah Briskwalk di bendang, permainan traditional dan juga sesi taklimat pengurusan stres yang disampaikan oleh Puan Nur Shahira binti Md Shukor, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Psikologi dan Kaunseling, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas sokongan yang diberikan dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply