1 Oktober 2025, Rabu- PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah dijemput untuk memberikan Taklimat Perpustakaan bagi program Minggu Destini Siswa (MDS) sempena pendaftaran pelajar baharu Sesi Oktober 2025. Taklimat berkenaan PTAR ini telah dijalankan secara bersemuka di Auditorium, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, bermula jam 8.30 pagi.
Taklimat bersama PTAR ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nazri Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Turut hadir bersama, Encik Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR Kampus Jasin, Puan Noorhafizah binti Azaman, Pembantu Pustakawan dan juga 2 orang pelajar latihan industri iaitu Saudari Qurratu Aini binti Kamalrolzaman dan juga Saudara Muhammad Alfi Shirman bin Nasaha. Pada sesi ini, pelajar-pelajar baharu ini telah diberi pendedahan berkenaan PTAR, fasiliti dan kemudahan yang terdapat di PTAR UiTM Cawangan Melaka. Selain itu, perkhidmatan lain seperti perkhidmatan atas talian yang tersedia juga diperkenalkan kepada pelajar-pelajar ini agar memudahkan mereka untuk mencari bahan rujukan di masa akan datang.
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini dapat membantu pelajar baharu ini untuk terus maju dan berjaya didalam mengharungi pembelajaran sepanjang hayat.







Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka
Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin