Slot Perpustakaan Meriahkan Minggu Destini Siswa UiTM Sesi 2025/2026

Shah Alam, 29 September 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyertai Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Sesi 2025/2026 melalui penganjuran Slot Perpustakaan yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, dari jam 11.50 pagi hingga 12.10 tengah hari.

Slot ini dikendalikan oleh Puan Eza Eliana A. Wahid, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, yang memperkenalkan pelbagai perkhidmatan, kemudahan serta inisiatif digital yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM kepada seluruh warganya.

Antara pengisian utama termasuklah:
✅ Akses koleksi fizikal & digital
✅ Pengenalan PERMATA Search sebagai portal carian utama
✅ Capaian kepada pangkalan data akademik & e-buku

Sesi ini memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenai kepelbagaian sumber ilmu dan platform pembelajaran yang tersedia untuk menyokong kecemerlangan akademik sepanjang pengajian mereka di UiTM.

Perpustakaan menegaskan mesej utama sebagai “rakan strategik dalam pembelajaran dan penyelidikan”, seiring dengan visi UiTM dalam melahirkan graduan berpengetahuan, berdaya saing dan celik maklumat.

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1FdcrWCXsE/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply