Bengkel PERMATA 101: Pengenalan Sistem dan Fungsi Utama telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan sebagai inisiatif memperkenalkan dan meningkatkan kefahaman warga kampus terhadap sistem PERMATA dan fungsi-fungsi utamanya. Program ini bertujuan membimbing peserta menguasai kemahiran menggunakan pelbagai modul sistem PERMATA dengan lebih efektif.
Objektif program:
- Memberi pendedahan tentang sistem PERMATA dan fungsi utama yang disediakan.
- Membimbing peserta dalam mengakses dan menggunakan sumber maklumat digital serta pangkalan data yang relevan.
- Meningkatkan kefahaman peserta tentang pengurusan rekod, arkib, dan kertas peperiksaan melalui sistem PERMATA.
Program ini berlangsung selama tiga jam secara dalam talian melalui platform Google Meet dengan pengisian yang dibahagikan kepada tiga modul utama seperti berikut:
- Modul 1: MyKM Account, PERMATA Search, eLib & Recommendation
Penceramah: Rosmariyati Ab Rahman
Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Perpustakaan Tengku Anis UiTMKKB - Modul 2: Online Database, eBook Portal, Learning & Research & Repositories
Penceramah: Dr. Muslim Ismail @ Ahmad
Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK - Modul 3: Record & Archives Management & Exam Paper
Penceramah: Norfitriah Mat Seman
Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK





Bengkel ini mendapat sambutan baik daripada warga kampus yang berminat meningkatkan kemahiran menggunakan sistem PERMATA. Melalui tiga modul yang telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman, peserta berpeluang mempelajari kaedah akses, penggunaan sumber digital, dan pengurusan rekod secara menyeluruh. Program ini juga membuka ruang kepada peserta untuk mengajukan soalan serta mendapatkan penerangan lanjut daripada penceramah.
Secara keseluruhannya, program PERMATA 101 telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai sistem PERMATA dan fungsi utamanya. Program ini diharap dapat membantu warga kampus memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dalam menyokong pembelajaran, penyelidikan, dan pengurusan maklumat.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang