Lawatan Pengauditan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam MSOSH Berjaya Dijalankan di Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam

Shah Alam, 26 September 2025 – Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima lawatan penilaian daripada pihak Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) sempena Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam. Lawatan ini bertujuan menilai serta memberikan pengiktirafan kepada organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Lawatan pengauditan ini telah berlangsung di Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA dengan lancar pada 26 September 2025 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di UiTM Shah Alam. Pengauditan diketuai oleh En. Muhammad Aminurashid bin Mas’ud, wakil rasmi daripada MSOSH.

Sepanjang sesi pengauditan, pihak UiTM telah berjaya membentangkan pelbagai inisiatif, prosedur, serta langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan di kampus. Hasil lawatan mendapati UiTM telah memberikan kerjasama yang baik serta berjaya memenuhi keperluan penilaian yang ditetapkan.

Pihak pengurusan universiti mengucapkan penghargaan kepada semua warga kerja yang terlibat kerana memastikan proses audit ini berjalan dengan teratur dan cemerlang. Kejayaan ini sekali gus membuktikan komitmen UiTM dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai sebahagian daripada budaya kerja cemerlang.

Bacaan Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1T7x1eDraY/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply