SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: BAHAGIAN PENTADBIRAN UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

5 Ogos 2025: Unit Arkib Cawangan , Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod bersama Bahagian Pentadbiran yang berlangsung pada 14 Mei 2025 bertempat di PTAR Kampus Seri Iskandar. Program ini merupakan inisiatif selaras dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025, khususnya di bawah Pelan Inisiatif (PI) 2 yang menekankan kepentingan kolaborasi bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam hal ehwal pengurusan rekod dan arkib. Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Aqilah binti Russli, Pustakawan Kanan dan Puan Wan Fadilah binti Mohamed Yusoff, Pembantu Pustakawan Kanan.

Ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua pihak berkaitan tanggungjawab serta kepentingan dalam mengurus rekod organisasi secara sistematik, berintegriti dan selaras dengan dasar serta peraturan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia. Antara intipati utama yang dibincangkan termasuklah kepentingan amalan pengurusan rekod, serta langkah-langkah penyelesaian secara kolaboratif antara Unit Arkib dan PTJ. Ia juga menjadi platform memperkukuh kerjasama antara Unit Arkib Cawangan (UAC) dengan bahagian-bahagian lain di dalam UiTM Perak.

Fokus sesi libat urus kali ini adalah penerangan berkenaan prosedur pelupusan rekod dan proses pengesahan rekod kepada Arkib Negara Malaysia. Penerangan khusus turut diberikan berkaitan pengurusan dokumen terperingkat, termasuk kaedah pemusnahan dokumen rahsia (Rahsia Besar, Rahsia Sulit dan Terhad) secara terkawal dan selamat bagi mengelakkan risiko kebocoran maklumat.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply