1 Ogos 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan sesi Meet & Greet bersama Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi (JABT) yang berlangsung pada 29 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan. Program ini dikendalikan oleh Puan Nur Aqilah binti Russli, Pustakawan Kanan dan Puan Nur Dayana binti Mohd Narwawi, Pustakawan. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama PTAR dan JABT dalam usaha memperkasakan sokongan akademik dan perkhidmatan perpustakaan kepada warga fakulti.
Perkara utama yang dibincangkan dalam sesi ini termasuklah cadangan penambahan koleksi perpustakaan secara fizikal dan dalam talian, penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, sesi Collaborative Teaching serta penganjuran Kelas Kemahiran Maklumat. Selain itu, perbincangan turut melibatkan usaha memperkasa koleksi harta intelek yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar JABT agar dapat direkodkan dan diakses secara sistematik melalui platform perpustakaan, sistem PERMATA.
Sesi Meet & Greet ini merupakan salah inisiatif utama (PI) PTAR UiTM Shah Alam yang perlu dilaksanakan di semua perpustakaan cawangan bagi mendekati fakulti secara proaktif. Melalui pertemuan ini, diharapkan wujud tenaga kerja yang lebih kukuh antara pihak perpustakaan dan fakulti dalam usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.



Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar