Pada 31 Julai 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan telah menerima kunjungan daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Kulai bagi Lawatan Ilmu dan Adiwarna Terengganu yang telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Akademik, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Seramai 35 orang pelajar serta 5 orang guru pengiring dan 2 orang staf HEA mengunjungi perpustakaan bagi lawatan sambil belajar bermula 3.30 petang sehingga 4.30 petang.



Taklimat perpustakaan telah diberikan oleh Puan Nurmaisari Che Anuar selaku Pustakawan mengenai perkhidmatan perpustakaan di Universiti antaranya koleksi perpustakaan, sistem perpustakaan dan lain-lain. Selain itu, turut dijelaskan mengenai pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh warga staf perpustakaan samada di perpustakaan atau luar perpustakaan. Sedikit perkongsian mengenai kerjaya sebagai Pustakawan turut dikongsi sebagai pemangkin para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi.



Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga pelajar sekolah mengenai perkhidmatan di perpustakaan universiti.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu