Merbok, 15 Julai 2025 – Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib anjuran Unit Arkib Cawangan diteruskan dengan pelaksanaan siri 2 pada tahun 2025. Siri 2 ini memfokuskan kepada topik Format Surat Rasmi UiTM dan perbincangan mengenai tindakan ke atas nota perbincangan yang telah disediakan melalui siri 1 tahun pada 2024.





Bengkel ini bertujuan utama untuk memastikan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dapat menyediakan surat rasmi yang seragam dan mengikut format yang ditetapkan, sekaligus meningkatkan profesionalisme dan kecekapan komunikasi rasmi. Selain itu, inisiatif ini juga memberi penekanan kepada aspek pengurusan rekod dan arkib, di mana perbincangan dan konsultasi secara berkumpulan akan diadakan. Ini bertujuan untuk membimbing PTJ dalam memahami komponen penting pengurusan rekod, memastikan maklumat terpelihara dengan baik dan mudah diakses, seterusnya menyokong tadbir urus yang telus dan berkesan.
Unit Arkib Cawangan meneruskan sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Bahagian Infostruktur. Sesi ini telah berlangsung pada 15 Julai 2025 (Selasa) bertempat di P5 Smartclassroom Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah. Sesi taklimat bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Semoga sesi perkongsian ini akan dapat membantu kakitangan di Bahagian Infostruktur melaksanakan format surat rasmi mengikut ketetapan.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan