Libat Urus Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) Bersama Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 15 Julai 2025 – Sesi Libat Urus Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) bersama Fakulti Perakaunan (FP) adalah inisiatif untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan UiTM dan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan maklum balas Ketua Pengajian Program dan pensyarah-pensyarah Fakulti Perakaunan (FP). Sesi ini juga merupakan inisiatif bagi pencapaian Performance Index (PI) Perpustakaan UiTM.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memperkukuh hubungan antara perpustakaan dengan staf akademik melalui pendedahan dan perkongsian komprehensif mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan dua hala dengan pihak kolej atau fakulti, membolehkan perpustakaan memahami keperluan spesifik mereka. Yang terpenting, ia juga akan menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan yang konstruktif, memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa relevan dan berkesan dalam menyokong komuniti akademik.

Sesi Libat Urus Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) bersama Fakulti Perakaunan (FP) telah berjaya dilaksanakan pada 15 Julai 2025 (Selasa) dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan  Chin, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan dan Puan Atirah Ruslan,  Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) Unit Sumber Rujukan Universiti dan Unit Arkib Universiti. Taklimat turut disampaikan oleh En Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan Unit Perpustakaan Digital. Seramai 21 orang peserta terdiri daripada Ketua Pusat Pengajian (KPP), Prof. Madya Dr. Intan Marzita Binti Saidon, Koordinator Program dan pensyarah Fakulti Perakaunan telah menyertai program ini. Sesi selama dua jam ini merangkumi penerangan dan perkongsian berkaitan perkhidmatan perpustakaan, penggunaan portal PERMATA, capaian koleksi digital, perkhidmatan literasi maklumat dan sokongan penyelidikan, proses cadangan pembelian bahan dan sasaran PI Universiti untuk mencapai Knowledge Society melalui “1 Warga, 24 Naskhah Bahan Bacaan”. Turut dikongsikan ialah format penulisan surat rasmi.

Penulis : Mazuriah Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply