Merbok, 10 Julai 2025 – Sesi rakaman program Resensi Buku Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Pelajar Universitas Negeri Malang, Indonesia merupakan inisiatif pembudayaan ilmu di bawah KPI 5 Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu dan Knowledge Society. Resensi buku yang membawa maksud ulasan buku ini memberikan satu pengetahuan baharu kepada pembaca dan orang ramai mengenai penyampaian isi kandungan, kelebihan, nilai atau pesanan yang boleh didapati di dalam buku berjudul Patah Sayap Sebelum Sembuh 2 dan Anekdot Jalanan.






Perpustakaan Sultan Badlishah beriltizam untuk memperkenalkan koleksi buku bercetak yang pelbagai, sekali gus menarik minat warga UiTM Cawangan Kedah dan orang ramai untuk mendekati dunia pembacaan. Inisiatif ini bukan sekadar mempromosikan buku, tetapi turut bertujuan menjadikan buku sebagai terapi diri yang efektif, membimbing individu ke arah kemajuan peribadi dan profesional. Pada masa yang sama, usaha ini berperanan penting dalam menyampaikan maklumat dan ilmu bermanfaat daripada setiap naskhah, memastikan khazanah ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.


Pada 10 Julai 2025, Khamis dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan sesi rakaman Program Resensi Buku Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Pelajar Universitas Negeri Malang. Program ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh moderator program iaitu Cik Amarilis Astrid Papuani Wambrauw dan diulas oleh sembilan (9) orang pelajar Fakulti Sastera, Universitas Negeri Malang. Sesi ini dibahagikan kepada dua (2) mengikut judul buku pilihan pelajar iaitu Patah Sayap Sebelum Sembuh 2 diulas oleh Cik Kinantira Desti Auliasari, Cik Dela Janah Nurhayati, Cik Ivone Kinanti Natalie, Cik Melita Khairina Gunawan, dan Cik Naylanda Sava Ariella. Manakala, judul Anekdot Jalanan diulas oleh Encik Yeremia Rizky Paramasatya, Encik Moch Sheva Rendra M, Encik Nihad Asy’ary dan Encik Firman Agung Saputra. Pelajar-pelajar ini telah mengupas kandungan buku-buku pilihan ini dari segi penulis, fizikal buku, dan impak kandungan buku tersebut yang boleh dijadikan sebagai motivasi dan terapi diri dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan