Ayuh Semarak Jawi Vol. 01/2025 

Pada 18 Jun 2025 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan program Ayuh Semarak Jawi Vol. 01/2025 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 4.00 petang. Seramai 51 orang peserta telah memeriahkan program Ayuh Semarak Jawi  yang dijalankan di Perpustakaan Cendekiawan. 

Objektif program ini dilaksanakan bagi menggalakkan bacaan jawi dalam kalangan warga kampus. Disamping itu, memupuk sayangi bahasa jawi dan menerapkan bahasa jawi dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah bacaan jawi dan kuiz jawi kepada para pelajar.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai bahasa Jawi. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply