Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Bersama PTJ: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

22 Julai: Satu Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod telah diadakan pada 29 April 2025 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Program ini dianjurkan oleh Unit Arkib Cawangan (UAC) selaras dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025 di bawah Petunjuk Prestasi (PI) 2: Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ). Sesi ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan pengurusan rekod di peringkat PTJ.

Objektif utama program adalah bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua PTJ berkenaan kepentingan pengurusan rekod yang sistematik, selamat dan berintegriti. Selain itu, sesi ini juga memberi ruang untuk membincangkan cabaran serta isu semasa yang dihadapi oleh PTJ dalam pengurusan rekod, di samping mendapatkan maklumbalas serta mencari kaedah penyelesaian secara kolektif. Pendekatan ini turut menyokong penyelarasan dasar dan garis panduan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Sesi libat urus kali ini melibatkan PTJ PTAR sendiri, termasuk sesi perbincangan serta lawatan ke Bilik Dokumen. UAC turut meneliti proses pengurusan rekod di Unit Pentadbiran PTAR dan memberikan cadangan penambahbaikan yang relevan. Wakil dari UAC yang terlibat Puan Nur Aqilah Binti Russli, Pustakawan Kanan dan Puan Wan Fadilah Binit Mohamed Yusoff, Pembantu Pustakawan Kanan.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply