Tarikh : 19 Jun 2025, Khamis
Masa: 9.00 pagi- 10.00 pagi
Tempat : Sudut Adiwangsa, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Perasmian Sudut Adiwangsa disempurnakan oleh: YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA.



Penerangan ringkas: Sudut Adiwangsa UiTM Cawangan Terengganu ini menempatkan koleksi bacaan yang berkaitan dengan agenda UiTM berteraskan tiga tunjang utama — Raja (Royal), Agama (Religion), dan Bangsa (Race) — merupakan usaha strategik UiTM Cawangan Terengganu dalam memupuk jati diri warga kampus ke arah penghayatan yang mendalam terhadap nilai-nilai kemelayuan, keislaman, dan institusi beraja. Koleksi bacaan di sudut ini dibangunkan bersama oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun, dengan kerjasama Jawatankuasa Pemerkasaan Adiwangsa UiTMCT dan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM Shah Alam. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kolaborasi antara bahagian dan jabatan di UiTM Cawangan Terengganu dalam memelihara serta memperkukuh warisan budaya, agama, dan identiti bangsa Melayu serta Bumiputera, selaras dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 153, serta nilai-nilai teras yang terkandung dalam Rukun Negara dan DNA UiTM. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung perpustakaan.
Sesi Perasmian Sudut Adiwangsa UiTMCT ini merupakan titik permulaan kepada usaha berterusan UiTM Cawangan Terengganu dalam mengarusperdanakan warisan keilmuan Melayu di institusi pengajian tinggi ini. Kehadiran dan perasmian oleh tokoh besar seperti YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan memberikan nilai simbolik dan komitmen semua pihak untuk terus memartabatkan ilmu warisan bangsa. Semoga Sudut Adiwangsa ini menjadi platform pencetus pemikiran bernas, perbincangan ilmiah dan penerokaan intelektual Melayu dan Bumiputera di kalangan generasi muda hari ini.
Sumber gambar dari: Facebook Rasmi Lensa UiTM Terengganu
Disediakan oleh:
i) Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)
ii) Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.