Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di WTC pada 27 Mei 2025 yang lalu telah disertai oleh para pelajar, pensyarah dan staf perpustakaan UiTM Cawangan Pahang.

Lawatan ini bukan sekadar lawatan biasa. Ia adalah sebahagian daripada misi kami untuk memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar. Kami percaya bahawa membaca adalah kunci untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education).

Kami berdedikasi untuk menyokong pembudayaan ilmu, khususnya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang atas sokongan padu terhadap program pembudayaan ilmu ini.

Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus serta melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berfikiran global.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply