Lawatan & Sesi Perkongsian bersama Pelajar Universitas Negeri Malang, Indonesia

Tarikh: 20 Jun 2025
Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang

Perpustakaan Al-Bukhari berbesar hati menerima kunjungan seramai 8 orang pelajar dari Universitas Negeri Malang, Indonesia dalam satu sesi lawatan dan perkongsian ilmu yang bermakna.

Lawatan ini merangkumi:

🔹 Sesi Perkongsian Alat AI & Teknologi – Disampaikan oleh Pn. Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, yang memperkenalkan penggunaan AI tools seperti ChatGPT dalam konteks pendidikan dan penyelidikan.
🔹 Pengenalan Perkhidmatan Perpustakaan – Merangkumi akses sumber elektronik, kemudahan fizikal dan inisiatif literasi maklumat.
🔹 Library Tour – Sesi lawatan fizikal ke ruang-ruang utama perpustakaan termasuk koleksi, kemudahan pembelajaran dan sudut inovasi.

Sesi ini bukan sahaja memperkukuh jaringan akademik antarabangsa, tetapi turut membuka ruang kepada pertukaran ilmu dan amalan terbaik antara dua institusi pendidikan tinggi serantau.

Terima kasih dan selamat maju jaya kepada para pelajar Universitas Negeri Malang! Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan pengalaman baharu yang bermakna.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply