SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR.

26 Mei 2025: Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan satu sesi libat urus pengurusan rekod bersama Unit Komunikasi Korporat bertempat di pejabat unit berkenaan di Kampus Seri Iskandar. Sesi ini dilaksanakan selaras dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025 khususnya di bawah Penunjuk Prestasi (PI) 2 yang menetapkan pelaksanaan libat urus bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam aspek pengurusan rekod dan arkib organisasi.

Matlamat utama sesi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga PTJ terhadap kepentingan pengurusan rekod yang sistematik, selamat dan berintegriti. Antara objektif yang digariskan termasuk memastikan perlaksanaan pengurusan rekod dilaksanakan secara seragam dan selaras dengan dasar serta garis panduan Arkib Negara Malaysia, mengenal pasti cabaran serta isu semasa yang dihadapi oleh PTJ dalam pengurusan rekod dan merangka penyelesaian secara bersama. Selain itu, sesi ini turut berperanan dalam mengukuhkan kerjasama strategik antara Unit Arkib Cawangan (UAC) dengan unit-unit lain dalam organisasi demi menjamin tadbir urus rekod yang cekap dan berkesan.

Sesi telah dikendalikan oleh dua pegawai dari Unit Arkib Cawangan PTAR, iaitu Puan Nur Aqilah Binti Russli, Pustakawan Kanan dan Puan Wan Fadillah Binti Mohamed Yusoff, Pembantu Pustakawan Kanan. Perbincangan berlangsung dalam suasana profesional dan terbuka dengan penglibatan aktif daripada pihak Unit Komunkasi Korporat. Sesi ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat diteruskan secara berperingkat bersama PTJ lain sebagai usaha berterusan ke arah pemantapan sistem pengurusan rekod di UiTM Cawangan Perak.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply