Merbok, 30 Mei 2025 – Sempena pelaksanaan Bengkel Jawatankuasa Perwakilan Kolej & Non Residen (JPKNR) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025, pihak Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah berkolaborasi untuk berkongsi dan memberikan pendedahan mengenai penulisan format surat rasmi UiTM. Topik perkongsian ini telah dipilih oleh pihak JPKNR dengan bertujuan untuk menambah pengetahuan mereka dalam menyediakan penulisan format surat yang berkualiti.
Objektif taklimat ini adalah menyampaikan taklimat Format Surat Rasmi UiTM dan membantu peserta dalam menyediakan surat rasmi yang mematuhi format yang telah ditetapkan. Selain itu, memberi pendedahan mengenai tindakan asas ke atas dokumen-dokumen rasmi yang diterima dan dikeluarkan oleh organisasi.




Sesi perkongsian penulisan format surat rasmi UiTM ini telah disampaikan oleh Puan Atirah Ruslan selaku Ketua Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini berlangsung pada 30 Mei 2025 (Jumaat) bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.00 petang, bertempat di Bilik Kuliah 2, Kolej Malinja UiTM Cawangan Kedah. Seramai 71 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli JPKNR telah hadir ketika sesi perkongsian ini berlangsung. Pelbagai soalan daripada pihak peserta telah diutarakan kepada penceramah. Semoga sesi ini akan dapat membantu pihak JPKNR melaksanakan penambahbaikan ke atas penyediaan surat-surat yang akan datang.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan