Tarikh: 26 – 27 Mei 2025, Isnin – Selasa.
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Bahagian Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun
Anjuran: Unit Arkib Cawangan, UiTMCT
Penyertaan: 3 orang staf yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun, Kampus Kuala Terengganu dan Kampus Bukit Besi.
Ringkasan:
Unit Arkib Cawangan UiTMCT, telah melaksanakan Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) secara bersemuka berhubung pelaksanaan migrasi sistem klasifikasi fail lama ke sistem klasifikasi fail baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Md Kamil Bin Ibrahim (Pustakawan Kanan) daripada Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun.



Antara maklumat yang dikongsikan ialah kaedah membuat pemetaan klasifikasi fail lama kepada klasifikasi fail baharu berdasarkan senarai fail bahagian masing-masing. Taklimat ini juga adalah selaras dengan tuntutan daripada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Versi 1.0 (2022) bagi Perkara 7.2 Pengkelasan Fail dan Perkara 7.16 Sistem Pengurusan Dokumen dan Rekod Elektronik (DDMS 2.0) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun, Kampus Kuala Terengganu serta Kampus Bukit Besi atas kehadiran dan komitmen dalam menjayakan sesi libat urus pengurusan rekod dan arkib ini.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.