Pertandingan Paintball Antara Staf Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Tarikh: 22 Mei 2025, Khamis.
Masa: 8.30 pagi hingga 3.30 petang
Lokasi: Dungun Escapade Resort
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT)
Penglibatan: 27 orang staf Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi

Ringkasan:
Pertandingan Paintball Antara Staf Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah diadakan pada 22 Mei 2025, Khamis yang lalu, sebagai salah satu inisiatif dalam menganjurkan program kebersamaan antara staf perpustakaan bagi ketiga-tiga kampus UiTMCT, mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja perpustakaan.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah:

  • Meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan staf perpustakaan melalui aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan.
  • Memupuk semangat kebersamaan, kerjasama, dan komunikasi berkesan di kalangan staf perpustakaan.
  • Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyertaan dalam aktiviti fizikal.
  • Mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan harmoni.

    Staf yang hadir dibahagi kepada empat kumpulan (A,B,C dan D), dan perlu bersaing bagi merebut gelaran juara. Setiap pertandingan perlu bertempur sehingga habis ‘peluru’ yang dibekalkan. Pasukan yang paling banyak ditembak dikira kalah. Pertandingan ini dipantau di bawah pihak pengurusan Dungun Escapade Resort. Kumpulan D yang diketuai oleh En. Md Kamil Ibrahim telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Program Paintball Antara Staf Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT 2025.

    Program yang julung- julung kali diadakan ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan mendapat maklumbalas yang baik dari kalangan staf yang terlibat. Aktiviti luar sebegini juga telah berjaya memupuk semangat kerja berkumpulan dan membudayakan program sihat yang baik untuk fizikal dan mental.


    Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi mengekalkan budaya kerja yang positif, sihat, dan produktif dalam kalangan staf perpustakaan.

    Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

    Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

    Leave a Reply