Pada tarikh 23 Mei 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah menerima lawatan dan kunjungan hormat daripada delegasi mahasiswa Indonesia sempena program International GenZ Green Engineering Colloquium (i-GreenZ) .
Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh 14 delegasi mahasiswa Indonesia dan diiringi oleh 10 orang pelajar dari Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM bersama dua orang staf PKEJ iaitu , Puan Norhamimi Othman, Timbalan Ketua Pustakawan serta Encik Mohd Fitri Ruslan, Pembantu Pustakawan Tertinggi . Kunjungan delegasi mahasiswa Indonesia ke PKEJ UiTM telah berlangsung dengan jayanya, dimana para pelajar dibawa melihat sendiri perpustakaan dan diberi taklimat mengenai kemudahan, koleksi sumber rujukan, serta peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.
Lawatan ini bertujuan untuk:
- Memahami struktur pengurusan dan operasi perpustakaan akademik berfokuskan kejuruteraan
- Mempelajari pendekatan yang digunakan dalam menyediakan akses kepada sumber rujukan fizikal dan digital
- Menjalin hubungan kolaboratif antara institusi melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan
- Memberi inspirasi kepada pelawat untuk memperkasa budaya ilmu melalui penggunaan perpustakaan secara aktif dan berkesan
Secara keseluruhannya, lawatan ini diharapkan dapat menjadi medium perkongsian ilmu yang bermanfaat serta membuka ruang kerjasama antara institusi pada masa hadapan.





