Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam hari ini telah menerima kunjungan yang teramat istimewa dan penuh bermakna daripada Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM, YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan bersama YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir, Penolong Naib Canselor Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM dan Dr. Nor Hafizah Ibrahim, Timbalan Pendaftar Jabatan Pemerkasaan Adiwangsa.


Kunjungan ini telah membuka lembaran baru bagi kolaborasi strategik akan datang untuk memperkukuh jati diri warga UiTM khususnya serta komuniti setempat melalui penghayatan nilai-nilai teras Melayu, Islam dan Institusi Beraja.


PTAR UCS amat komited untuk menjadi hub pusat rujukan dalam pemerkasaan ilmu bagi pembentukan adiwangsa seiring aspirasi UiTM membentuk generasi yang berilmu, beradab dan berprinsip.
