Double Dart Tournament 2025

Pulau Pinang, 24 Mei 2025 – Bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu kejohanan sukan dart iaitu Double Dart Tournament 2025, anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan telah berlangsung dengan jayanya.

Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 95 pasukan yang terdiri daripada warga UiTM serta organisasi dan wakil-wakil dari dalam dan luar Pulau Pinang. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat sukan dart dalam kalangan peserta, malah menjadi platform pengukuhan jaringan silaturahim antara komuniti kampus dan luar kampus melalui aktiviti rekreasi yang sihat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yazed bin Abd Razak, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan Encik Muhamad Ismail bin Mohd Ali, Pengurus Dart Defender Club UiTM Cawangan Pulau Pinang. Dua pasukan daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya memenangi Silver Plate iaitu Encik Hussin Khan Bin Rahmatullah Khan dan Encik Muhamad Hafiz Bin Hj. Abu Bakar serta Puan Azlina Binti Ahmad dan Puan Nor Shawani Binti Mohd Sorib.

Penganjuran kejohanan ini diharap dapat meningkatkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UiTM dan komuniti luar melalui penyertaan dalam sukan santai yang mencabar minda dan fokus. Selain itu ini dapat memupuk hubungan baik dan kerjasama antara pelbagai jabatan, fakulti, serta organisasi luar kampus melalui interaksi sukan yang sihat dan mesra.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply