Tarikh: 20 Mei 2025, Selasa
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Tempat: Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Penyertaan: 13 orang pensyarah
Ringkasan:
Perpustakaan Cendekiawan telah mengadakan Taklimat Sistem Perpustakaan kepada 13 orang pensyarah baharu UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) bertempat di Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Taklimat selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang telah disampaikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun.
Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan para pensyarah baharu kepada sistem perpustakaan UiTM, dan sistem-sistem yang dikendalikan oleh pihak perpustakaan. Perpustakaan memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan di universiti. Oleh itu, pemahaman yang jelas terhadap fungsi, perkhidmatan, dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan amat penting untuk diketahui oleh semua pensyarah bagi melancarkan proses pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, dan penerbitan mereka.

Pengisian taklimat secara keseluruhannya ialah merangkumi:
1. Sistem Perpustakaan (PERMATA) untuk Pengajaran dan Pembelajaran
2. Pendaftaran Penerbitan melalui Sistem PRIMe-Penerbitan
3. Kemaskini Profil Penyelidik melalui Google Scholar, WoS dan Scopus (+ ORCiD)
4. Perkhidmatan Perpustakaan yang berkaitan
Turut diberikan penerangan adalah mengenai profil penyelidik, sistem PRIMe-Penerbitan dan akses penggunaan perpustakaan digital melalui Sistem PERMATA. Pihak perpustakaan sentiasa komited menyediakan pelbagai kemudahan serta sumber ilmiah yang terkini sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital kepada seluruh warga kampus. Penceramah juga memberikan perincian kepada perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pensyarah khususnya.



Melalui taklimat ini, diharapkan para pensyarah baharu mendapat pencerahan dan kefahaman menyeluruh dalam menguasai sistem Perpustakaan UiTM dan mampu memanfaatkan segala kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan. Perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan bahan bacaan, tetapi juga merupakan rakan strategik dalam menjayakan agenda akademik dan penyelidikan universiti.
Semoga bermanfaat.
Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)