MEET AND GREET BERSAMA DEKAN DAN PENGURUSAN FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK (FSKM)

Sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik promosi dan pengukuhan jaringan perkhidmatan perpustakaan, satu sesi Meet & Greet bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah diadakan pada 27 Mei 2025. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam memupuk sinergi bersama fakulti bagi memperkasa budaya ilmu dan galakan membaca dalam kalangan warga universiti.

Program ini telah diselaras oleh Ketua Perpustakaan Sains dan Teknologi, Encik Mohd Hazrul Bin Hussin (Timbalan Ketua Pustakawan), dengan penyertaan seramai tujuh (7) orang pegawai dan staf perpustakaan, yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Encik Ahamad Zuber Mohamed

Dari pihak fakulti, Dekan FSKM, Prof. Madya Dr. Norjansalika Janom turut hadir bersama barisan pengurusan tertinggi fakulti, sekali gus memperkukuh jalinan kerjasama antara perpustakaan dan pihak akademik.

Antara pengisian utama sesi ini termasuk:

  • Pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Sains & Teknologi, termasuk kemudahan akses maklumat dan sokongan penyelidikan fakulti.
  • Penerangan Program Galakan Membaca 1 Warga, 24 Naskah Bahan Bacaan yang menyokong pencapaian PI Universiti 145 – Knowledge Society.
  • Pengembangan Program Pembudayaan Ilmu sejajar dengan PI Universiti 146 – Literacy and Reading Initiatives.
  • Cadangan Mengoptimakan penggunaan Ruang Speaker Corner di FSKM sebagai medium interaktif wacana ilmu antara pelajar dan warga.
  • Lawatan ke Actualrial Resources Centre (ARC), salah satu pusat rujukan khas fakulti.

Sesi ini membuka ruang kolaboratif yang lebih luas antara PTAR dan FSKM, khususnya dalam memperkukuh akses maklumat, sokongan akademik serta memperkasa amalan membaca dan budaya keilmuan di kalangan warga UiTM.

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply