Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima kunjungan rasmi YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz, Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), bersama isteri tercinta, YBhg. Datin Dayang Rosnah Abang Drashid pada 9 Mei 2025.
Lawatan yang berlangsung dalam suasana mesra ini turut disertai oleh warga GTAR dan beberapa wakil pentadbiran UiTM.
YBhg. Pro Canselor turut menyatakan penghargaan terhadap usaha GTAR dalam mendokumentasikan warisan institusi. Turut hadir mengiringi lawatan ialah Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Prof. Madya Ts. Dr. Azhar Abd Jamil.
GTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBhg. Datuk Pro Canselor dan isteri meluangkan masa untuk berkunjung. Kunjungan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan sokongan institusi terhadap usaha pemeliharaan warisan dan kecemerlangan UiTM.
Layari: https://www.facebook.com/share/p/1CJkrGALUA/