

PTAR berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Datuk Wan Azmir Wan Majid, Alumni Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam, dalam rakaman Program Podcast Zaman Now yang berlangsung di Ruang Media PTAR.
Sepanjang sesi, YBhg. Datuk telah berkongsi pandangan dan pengalaman yang cukup berinspirasi dalam dunia perundangan dan cabaran semasa yang dihadapi oleh generasi kini.
Usai rakaman, YBhg. Datuk turut meluangkan masa melawat Koleksi Khas Jawi, antara koleksi istimewa yang dibangunkan oleh PTAR sebagai usaha melestarikan warisan intelektual Melayu. Kunjungan beliau turut disambut oleh Ts. Hj Azizi Jantan,Ketua Pustakawan UiTM, yang sempat beramah mesra dan bertukar pandangan bersama YBhg. Datuk.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YBhg. Datuk meluangkan masa bersama warga PTAR. Semoga program ini terus memberi manfaat kepada warga kampus dan komuniti luar.
Lyari: https://www.facebook.com/share/p/19BE7p9uBT/