Program Jelajah Ingatan: Kaedah Mnemonik Perpustakaan Sultan Badlishah

Merbok, 15 April 2025 – Pada 09 – 10 April 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Come & Grab The Knowledge bersama warga UiTM Cawangan Kedah di Food Court Tasik Merak (09 April 2025) dan Aras Bawah Perpustakaan Sultan Badlishah (10 April 2025).

Program Jelajah Ingatan: Kaedah Mnemonik telah berjaya diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh ilmu dalam suasana yang santai dan interaktif. Dalam era pendidikan yang semakin mencabar, keupayaan untuk mengingat dan menguasai maklumat secara berkesan menjadi satu keperluan penting bagi setiap pelajar. Seiring dengan perkembangan kaedah pembelajaran moden, penggunaan teknik mnemonik telah dikenalpasti sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk membantu pelajar mengingati maklumat dengan lebih mudah, kreatif dan menyeronokkan.

Objektif program adalah memberi pendedahan tentang kepentingan perkhidmatan perpustakaan digital yang terdapat di perpustakaan, memberi tunjuk ajar penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital dan sistem baharu perpustakaan. Selain itu, memberi galakkan dalam penggunaan dan sumber-sumber rujukan  yang disediakan oleh pihak perpustakaan sama ada dalam bentuk maya / elektronik ataupun fizikal.

Program ini telah dikendalikan oleh kakitangan Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah dan berjaya menarik penyertaan seramai 183 orang peserta yang terdiri daripada warga UiTM Cawangan Kedah. Program ini telah memberi peluang kepada warga kampus khususnya dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam suasana yang santai dan interaktif. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa penyampaian ilmu tidak semestinya bersifat formal, malah pendekatan yang ringan turut mampu memberikan impak yang positif kepada komuniti universiti.

Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply