Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh Dari Panel Penilai MQA

Merbok, 12 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah telah menerima kunjungan Panel-panel Penilai Audit Akreditasi Penuh bagi tiga program iaitu Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BA243), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi (BA244) dan Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (AM770).

Antara perkara yang dilihat dalam sesi audit ini adalah berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Perkara yang turut dilihat adalah kemudahan yang disediakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Para panel amat tertarik dengan alat bantuan rujukan OKU yang telah diinovasikan oleh pihak perpustakaan iaitu eView. Secara keseluruhannya, lawatan audit di perpustakaan telah berlangsung dengan lancar dan teratur serta menerima pujian daripada panel penilai atas kesediaan dan komitmen yang ditunjukkan.

Penulis : Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply