MELAKA, 10 Rejab 1446H | 10 Januari 2025 (Jumaat) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Majlis Kesyukuran Sempena Menyambut Tahun Baharu 2025 dan Kemenangan KIK Peringkat UiTM 2024 bersama staf PTAR UiTM Cawangan Melaka yang terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.
Bacaan Yasin dan doa selamat telah dipimpin oleh Encik Zaini bin Yazid, Bilal UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan ucapan daripada Profesor Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Majlis seterusnya diteruskan dengan penyerahan hadiah KIK Peringkat UiTM kepada Kumpulan Innovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Cawangan Melaka iaitu Kumpulan C-Lite diatas kemenangan Johan KIK Peringkat UiTM 2024.
Pengurusan Tertinggi PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan terima kasih di atas komitmen kehadiran semua staf bagi bersama- sama memeriahkan majlis ini.
Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS6uBGfJp/




Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah