MELAKA, 07 Rejab 1446H | 07 Januari 2025 (Selasa) – Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan sembilan (9) orang pelajar emester 1, Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau iaitu:
- Muhammad Ishaq bin Mohamad Hussaini
- Damia Humaira binti Azmi
- Muhammad Haikal bin Ab.Basit
- Aina Nasuhah binti Azmi
- Muhammad Ariff Irfan bin Abd Rahman
- Fahmirul Firdaus bin Kamal Ariffin
- Nuriyyah Afifah binti Ahmad Zaidi
- Nur Syamimi binti Mohamad
- Nurhazreen binti Mohd Syaifunizam
Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti dan hal ehwal pengurusan arkib di Unit Arkib Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan maklumat mengenai sistem yang digunakan oleh Unit Arkib Cawangan Melaka bagi menjalankan proses kerja pengurusan rekod dan arkib.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan hal ehwal Unit Arkib Cawangan Melaka yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini diakhiri dengan sesi lawatan di sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan dan ruang-ruang yang ada di Unit Arkib Cawangan Melaka.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS65b8yyN/










Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah