Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Siri 2 Bersama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 21 Januari 2025 – Unit Arkib Cawangan (UAC) UiTM Cawangan Kedah telah menjalankan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama staf Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Kedah bermula jam 09.00 pagi – 11.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Kedah pada 21 Januari 2025.

Objektif program ialah menyampaikan taklimat Format Surat Rasmi UiTM dan membantu PTJ dalam menyediakan surat rasmi yang mematuhi format yang telah ditetapkan. Membincangkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak PTJ berhubung beberapa perbincangan berkenaan pengurusan rekod ketika sesi siri 1 tahun 2024.

Pelaksanaan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 ini memfokuskan kepada topik Penulisan Dokumen Rasmi UiTM. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan, Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah. Melalui sesi perbincangan berkenaan nota perbincangan yang telah disediakan pada siri 1, pihak UAC mendapati PTJ telah mengambil tindakan pembetulan ke atas penemuan-penemuan yang telah dicatat. Tahniah.

Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply