Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Bersama Pejabat Polis Bantuan

Merbok, 14 Januari 2025 – Pejabat Polis Bantuan menerima kehadiran ramai staf yang baharu sepanjang tahun 2024 sehingga Januari 2025, maka Unit Arkib Cawangan (UAC) telah mengadakan inisiatif untuk memberi pendedahan berkenaan aspek pengurusan rekod dan arkib kepada keseluruhan staf di bahagian berkenaan.

Objektif sesi kali ini adalah memberi pendedahan mengenai komponen pengurusan rekod dan arkib kepada staf-staf Pejabat Polis Bantuan. Selain itu, memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan kepada PTJ berkaitan.

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian Pejabat Polis Bantuan telah dilaksanakan pada tarikh 14 Januari 2025 pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Beberapa kandungan topik yang dikongsikan iaitu (i) Pengenalan Unit Arkib Perpustakan Sultan Badlishah (ii) Kenali Rekod Penting (iii) Klasifikasi Fail (iv) Pewujudan, Penawanan, Penutupan Fail (vi) Pelupusan Rekod dan (vii) Format Surat Rasmi UiTM. Pihak UAC telah dimaklumkan bahawa Pejabat Polis Bantuan akan menerima seorang Kerani bagi menguruskan urusan pengurusan rekod dan arkib di PTJ berkenaan. Semoga pelaksanaan pengurusan rekod dan arkib di Pejabat Polis Bantuan akan dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply