Lawatan daripada Kolej Vokasional Sepang

Tajuk : Lawatan daripada Kolej Vokasional Sepang

Tarikh : 17/10/2024 Masa : 4.00 petang

Tempat : Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Pihak perpustakaan telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Diploma in Accounting Kolej Vokasional Sepang yang terdiri daripada 23 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.

Para pelajar diberi pendedahan bagaimana perpustakaan di universiti beroperasi serta melihat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan dan En. Ahmad Fadhil bin Mohamad Yusof, Pembantu Pustakawan Kanan.

Semoga lawatan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu. Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. 

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply