Program B.L.A.S.T Day PTA

Pada 17 dan 18 Disember 2024, Perpustakaan Tengku Anis dan Perpustakaan Tengku Anis Reader’s Club (PTARC) telah menganjurkan Program “Bonding, Learning, Activity, Socialize & Together (BLAST) Day” bertempat di PTA.

Program BLAST Day oleh Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama PTARC ini bertujuan memperkukuh hubungan perpustakaan dengan warga UiTMCK. Melalui aktiviti pembelajaran, kreativiti, dan interaksi sosial, program ini meningkatkan kefahaman serta penggunaan perkhidmatan perpustakaan dalam kalangan pelajar, staf, dan komuniti kampus.

Sebagai sebahagian daripada usaha Perpustakaan Tengku Anis dalam membudayakan ilmu dan perkongsian pengetahuan, BLAST Day juga bertujuan untuk mencapai peningkatan bagi KPI/Pi Unit Perkhidmatan Perpustakaan dan Unit Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tengku Anis.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah:

  1. Infohunt@MyKM
  2. Quiz Blast
  3. e-Sport Mobile Legends
  4. Charades
  5. Bottle Pen Fishing
  6. Scavengers Games@Quizziz
  7. Mystery Box
  8. Speedy Giant Puzzle
  9. Drop a Book
  • Infohunt@MyKM
  • Quiz Blast
  • e-Sport Mobile Legends
  • Charades
  • Bottle Pen Fishing
  • Scavengers Games@Quizziz
  • Mystery Box
  • Speedy Giant Puzzle

Pemenang bagi setiap aktiviti akan mendapat hadiah diakhir aktiviti yang disampaikan oleh pustakawan-pustakawan PTA sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sudi menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Program dua ini hari telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Melalui BLAST Day, diharapkan akan tercipta lebih banyak peluang untuk interaksi antara pelajar, staf akademik dan pentadbiran yang seterusnya mengukuhkan lagi hubungan sosial dan kerjasama dalam kalangan warga UiTMCK.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply