Menginspirasikan Budaya Membaca: Bengkel Little Free Library di Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin

8 Oktober 2024 – Pengawas Pusat Sumber dan para guru Sekolah Dato’ Demang Hussin telah bersama-sama menyertai Bengkel Little Free Library yang disampaikan oleh Pn. Siti Haidah binti Md Aziz, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Ianya juga menyuntik semangat baru kepada peserta untuk memupuk budaya membaca melalui konsep Little Free Library, iaitu perpustakaan mini yang menyediakan bahan bacaan percuma dan mudah diakses oleh pelajar dan komuniti sekolah.

Pn. Siti Haidah berkongsi panduan praktikal dan strategi efektif untuk membangunkan perpustakaan mini ini, di samping tips bagaimana melibatkan seluruh warga sekolah dalam aktiviti membaca yang menyeronokkan. Turut dikongsikan ilmu dan pengalaman UiTM Kampus Bandaraya mengendalikan Little Free Library selama 8 tahun , panduan berharga dalam memulakan dan menguruskan perpustakaan mini di kawasan sekolah.

Dengan semangat yang dipupuk dalam bengkel ini, diharapkan Little Free Library akan menjadi medium penyemarakan budaya membaca di sekolah, menyuburkan ilmu dan menanam minat membaca di kalangan pelajar serta warga sekolah.

Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk terus menggalakkan amalan membaca dan mengukuhkan lagi peranan pusat sumber sekolah sebagai tunjang ilmu pengetahuan.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply