Tarikh: 17 Disember 2024,Selasa
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement(LCE), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Kampus Dungun.
Penglibatan: 50 orang peserta – Pelajar Program Pendidikan Inklusif (PPI), guru pengiring/penjaga dan warga UiTMCT.
Anjuran: Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan (U-DserveD) UiTM Cawangan Terengganu.
Dengan kerjasama: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dan Akademi Zakat (AZKA)-Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP
Moderator: En. Azrin bin Ariffin, Penolong Pengurus Asrama UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi
Jurubahasa Isyarat: Puan Norisah binti Che Mat, Guru Pendidikan Khas SMK Sura
Panel:
1) En. Mushaireen Musa, Penyelaras U-DServeD UiTM Cawangan Terengganu.
2) Cik Nur Zahirah Mohd Nasroon, Pelajar OKU Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat UiTM Cawangan Terengganu.
3) Puan Nur Dalila binti Adenan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Terengganu (Tanggungan Keluarga OKU).
Objektif program ini adalah untuk memberikan sokongan, bimbingan, dan kesedaran kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam usaha mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau pendidikan tinggi.
Program ini diadakan khas bersempena Sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada Disember pada setiap tahun. Sesi perkongsian ini memberi pendedahan kepada umum mengenai kemudahan, perkhidmatan, dan prasarana yang ditawarkan di UiTMCT untuk membantu pelajar kurang upaya menyambung pengajian ke menara gading. Juga dibawakan eksklusif pelajar OKU di UiTMCT untuk berkongsi pengalaman belajar di UiTMCT, dan perkongsian staf UiTMCT dengan tanggungan OKU.
Program yang diadakan selama satu jam tiga puluh minit ini juga turut diadakan secara langsung melalui Facebook Rasmi Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan terengganu. Program ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat baik bagi meningkatkan kesedaran, memperkasakan hak dan menyediakan peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mencapai pendidikan tinggi.Ianya memberi fokus kepada penyediaan sokongan psikososial, pendidikan, dan peranan masyarakat dalam membantu OKU melangkah ke menara gading.
Secara keseluruhannya, Sembang Prihatin OKU: Selangkah ke Menara Gading ini adalah satu langkah penting dalam memberi peluang dan harapan kepada OKU untuk mencapai pendidikan tinggi, dengan sokongan yang berterusan daripada masyarakat dan institusi. Ini menggerakkan kita ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan menghargai kepelbagaian kemampuan masyarakat.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan