SEMINAR PERUBATAN ISLAM UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN

19 November 2024 | Selasa – Unit Hal Ehwal Islam dengan Kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Seminar Perubatan Islam. Seminar Perubatan Islam ini mempunyai objektif yang tersendiri iaitu membina dan memperteguhkan kekuatan Rohani, jiwa dalam diri setiap staf UiTM. Program ini dapat membuka minda staf UiTM supaya sentiasa memantapkan kekuatan rohani melalui pengamalan ibadah-ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat berlindung daripada gangguan makhluk halus.

Justeru itu, harapan daripada seminar ini dapat memberi impak positif dalam diri setiap staf UiTM yang sama-sama menyertai seminar ini supaya melahirkan staf UiTM yang bersemangat kental dalam merealisasikan misi utama UiTM.

Semoga program ini dapat membantu staf UiTM mengamalkan al-Quran dan zikir setiap hari serta lebih yakin dan tenang. Yang utama adalah menyakini setiap penyakit Allah sahaja yang dapat menyembuhkannya.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply