Tarikh: 29 Mei 2024 (Rabu)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Peserta terdiri daripada warga kampus Jengka yang kerap menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada tahun 2023, antaranya:
– Kelas Kemahiran Maklumat (KKM)
– Hadir ke Perpustakaan
Lawatan ini bukan sekadar lawatan biasa. Ia adalah sebahagian daripada misi kami untuk memupuk minat membaca dalam kalangan para staf dan pelajar. Kami percaya bahawa membaca adalah kunci untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education). Kami berdedikasi untuk menyokong pembudayaan ilmu, khususnya dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UiTM Cawangan Pahang.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang kerana sama-sama menyokong program pembudayaan ilmu ini. Kami berharap inisiatif ini dapat meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan warga kampus dan melahirkan generasi yang berilmu.
Untuk anda yang berada di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti menarik kami di Perpustakaan Al-Bukhari. Kami ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan. Jadi, jom kita jumpa di program seterusnya!
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan