MINGGU DESTINI SISWA SESI OKTOBER 2024/2025

3 Oktober 2024, Khamis- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah dijemput untuk memberikan Taklimat Perpustakaan bagi program Minggu Destini Siswa (MDS) sempena pendaftaran pelajar baharu Sesi Oktober 2024. Taklimat berkenaan PTAR ini telah dijalankan secara bersemuka di Auditorium, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, bermula jam 5.00 petang.

Taklimat bersama PTAR ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bersama 3 orang Pembantu Pustakawan iaitu Puan Noorhafizah binti Azaman, Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim dan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamad. Pada sesi ini, pelajar-pelajar baharu ini telah diberi pendedahan berkenaan PTAR, fasiliti dan kemudahan yang terdapat di PTAR UiTM Cawangan Melaka. Selain itu, perkhidmatan lain seperti perkhidmatan atas talian yang tersedia juga diperkenalkan kepada pelajar-pelajar ini agar memudahkan mereka untuk mencari bahan rujukan di masa akan datang.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini dapat membantu pelajar untuk terus maju dan berjaya didalam mengharungi pembelajaran sepanjang hayat.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply