Lawatan Sambil Belajar (Pengurusan Rekod) Bersama Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru

07 Ogos 2024 (Rabu) – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada pelajar Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru sempena Lawatan Sambil Belajar (Pengurusan Rekod). Seramai 38 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring daripada Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru yang mengikuti lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh semua staf Unit Arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pustakawan Kanan, Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru.

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti.

Pautan Tiktok: https://www.tiktok.com/@ptaruitmmelaka/video/7400313820889058581

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply