SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD : UNIT SUKAN UiTM CAWANGAN PERAK

13 September 2024: Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod bersama Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) Unit Sukan, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah diadakan oleh Unit Arkib Cawangan Perak pada 28 Ogos 2024 . Program ini dijalankan selari dengan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024 yang memberi penekanan kepada usaha memperkasakan pengurusan rekod, arkib dan galeri melalui libat urus bersama PTJ. Sesi ini merupakan langkah penting dalam memastikan PTJ memahami peranan yang dimainkan oleh pihak Arkib dalam menjaga rekod dan dokumen universiti.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk membincangkan strategi pengurusan rekod yang lebih berkesan di PTJ berdasarkan prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan. Pihak Unit Arkib Cawangan Perak juga mengambil peluang untuk memberikan penerangan kepada staf Unit Sukan mengenai kepentingan menjaga rekod dan arkib sebagai sumber rujukan penting bagi universiti. Selain itu, perbincangan turut menyentuh tentang keperluan untuk meningkatkan kesedaran warga UiTM tentang tanggungjawab dalam mengekalkan rekod bagi kepentingan masa hadapan.

Sepanjang sesi tersebut staf Unit Arkib Cawangan Perak telah berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka dalam bidang pengurusan rekod. Program ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam meningkatkan tahap pengurusan rekod UiTM, selain memperkukuhkan hubungan kerjasama antara PTJ dan Unit Arkib Cawangan Perak.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply