12 September 2024 – PTAR Kampus Tapah telah mengadakan bengkel Speed Read kepada 4 orang pelajar latihan industri yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM).
Bengkel yang dijalankan dalam tempoh 2 jam ini telah disampaikan oleh Pustakawan Encik Aizu Hakimi dan Pembantu Pustakawan Encik Muhammad Fikri bin Sulaiman. Objektif bengkel ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah bacaan pantas serta mampu menjimatkan masa pelajar dalam menelaah sesebuah bahan bacaan.
Dengan kaedah ini juga bahan bacaan yang mampu dibaca oleh para pelajar juga akan meningkat serta memupuk nilai minat membaca dalam kalangan pelajar khususnya pelajar universiti.
Para peserta yang mengikuti bengkel ini berpendapat bahawa bengkel Speed Read ini patut diteruskan lagi pada masa yang akan datang.