SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: BAHAGIAN POLIS BANTUAN UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR 2024

10 September 2024: Satu program Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod telah diadakan di Bahagian Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Program ini dijalankan oleh Unit Arkib Cawangan Perak pada 28 Ogos 2024 dan merupakan salah satu inisiatif yang selari dengan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024, terutamanya dalam mencapai PI 2 yang memfokuskan kepada bilangan libat urus pengurusan rekod, arkib dan galeri bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ). Ianya telah diketuai oleh Puan Nur Aqilah binti Rusli, Pustakawan Kanan PTAR dan dibantu oleh Puan Noor Faridatul Akhma binti Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Kanan.

Sesi libat urus ini melibatkan perjumpaan rasmi secara bersemuka antara Unit Arkib Cawangan Perak dengan Bahagian Polis Bantuan. Fokus utama perbincangan adalah untuk membantu strategi pengurusan rekod dan arkib yang telah ditetapkan. Di samping memberikan pendedahan tentang dasar, prosedur dan standard yang perlu dipatuhi. Dengan itu sesi ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pengurusan rekod yang sistematik boleh mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi universiti.

Program libat urus ini turut memberikan pendedahan kepada warga kampus berkenaan peranan dan fungsi Unit Arkib Cawangan dalam pengurusan rekod dan arkib universiti. Staf Unit Arkib PTAR telah memainkan peranan penting dengan berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka dalam bidang pengurusan rekod sekaligus menyokong usaha untuk memelihara rekod UiTM secara berkesan.

Penglibatan Unit Arkib Cawangan Perak ini diharapkan dapat menyokong usaha berterusan dalam memelihara bahan dan kualiti rekod universiti untuk jangkamasa yang panjang.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply