Konvoi Semarak Hari Malaysia – Ride to Dabong 2024

9 SEPTEMBER 2024 | RABU – Konvoi Semarak Hari Malaysia 2024 – Ride to Dabong merupakan satu acara yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara peminat motosikal dan warga Malaysia. Acara ini diadakan bagi memperingati Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. Tahun ini, seramai 70 orang peserta konvoi ini telah melalui perjalanan yang penuh keindahan dan pengalaman. Konvoi bermotor ini berlepas pada jam 9.00 pagi dan pelepasan serentak melalui dua buah kampus Cawangan Kelantan iaitu Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu.

Menzahirkan kecintaan kepada Negara adalah tidak mudah, namun anjuran program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah dan jurang antara dua buah Kampus Cawangan Kelantan malah dapat menjadi cerminan kepada generasi muda dengan mengibarkan bendera Malaysia di sepanjang jalan dari UiTM Kampus Kota Bharu hingga ke Gunong Stong Dabong. Antara tempat yang dilawati oleh peserta konvoi adalah Mercu tanda Gunung Stong dan Kompleks Gua Ikan merangkumi Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar iaitu gua batu kapur yang mempunyai stalaktit dan stalagmit yang unik mempersonakan.

Peserta Konvoi selamat sampai ke Kampus Cawangan Kelantan pada jam 6.00 petang. Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kami dari warga UiTM Cawangan Kelantan ucapkan kepada Pihak Proton kerana telah bersama – sama menjayakan program ini, Kepada Pihak penganjur syabas dan tahniah kerana telah mencantikkan semangat kewarganegaraan dalam diri anak Malaysia.

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply