Kunjungan Delegasi Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke PTAR Undang-Undang

Pada 09 September 2024, PTAR Undang-Undang telah menerima kunjungan daripada 6 orang delegasi Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Dr Nurhafilah Musa Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Undang-Undang, UKM. Penerangan secara ringkas berkaitan sumber bahan, operasi dan fasiliti perpustakaan telah disampaikan oleh Pn. Hanani Rojikin, Pustakawan Kanan di PTAR Undang-Undang. Kunjungan ini merupakan sebahagian tentatif Lawatan Penandaarasan delegasi ke Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam.

Hanani Rojikin PUU Shah Alam

Leave a Reply