LAWATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM (PRA-UNIVERSITI) KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, SABAK BERNAM

6 september 2024: Satu lawatan akademik telah diadakan oleh pelajar dan guru Kolej Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam. Lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar bermula jam 9.00 pagi. Seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah mengambil bahagian dalam lawatan ini.

Peserta rombongan telah disambut oleh Puan Nur Aqilah binti Rusli, Pustakawan Kanan PTAR dan beliau telah memberi penerangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.

Keseluruhan lawatan telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik dari peserta. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar tentang sumber dan perkhidmatan perpustakaan tetapi juga mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneruskan usaha akademik mereka dengan lebih giat.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply