JOM BACA BERSAMA PTAR

23 April 2024 – Program JOM BACA BERSAMA @ PTAR diadakan di LCE PTAR Bertam, anjuran PTAR dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, dengan 29 peserta.

Acara utama adalah Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, pembacaan serentak seluruh negara pada 23 April 2024 dari 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Selain pembacaan, pelbagai aktiviti lain diadakan untuk memupuk minat membaca, mempromosikan koleksi perpustakaan, dan menggalakkan penggunaan perpustakaan sebagai sumber utama.

Perpustakaan UiTM komited memartabatkan pembudayaan ilmu melalui program ini, menggalakkan kedatangan pengunjung, dan membentuk masyarakat berilmu dan berkeyakinan tinggi. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.

Nurhayati Hassan PTAR Bertam P. Pinang

Leave a Reply